hemph..mula2 ingatkan cuma nasi goreng biasa letak udang kering..rupanya banyak cara nak bagi lagi kick..
antara resepinya..
5 cawan nasi
2 biji telur
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
Sikit sayur kobis- boleh digunakan sayur jenis lain.
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu besar udang kering ( direndam dahulu )
1 inci belacan
* kalau nak pedas boleh ditambah cili api atau cili merah dan ditumbuk lumat juga
CARA MEMASAK :
1) Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum.
2) Masukkan telur dan kacau semua bahan menjadi rata. Seterusnya masukkan sos tiram , minyak bijan serta sayur kobis dan terus kacau sampai sayur menjadi agak layu. Tambah garam jika masih kurang masin.
3) Campurkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur.
Bahan:-
3 mangkuk nasi putih
5 ulas bawang merah - ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
10 tangkai cili kering - dipotong serong
3 sudu besar sambal belacan (bikin sendiri la eh)
2 biji telor - dibuat scramble
3 sudu besar udang kering (yg baru) - direndam dan tumbuk2 sikit
2 sudu besar kicap cair
beberapa urat kacang panjang - hiris 1 inci serong
5 batang kacang botor - hiris serong kecil
garam secukup rasa
5 sudu besar minyak masak
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kering hingga naik bau.
Masukkan pula sambal belacan dan udang kering tadi. Kacau.
Masukkan kicap masin dan telor hancur. Kacau rata sebentar.
Masukkan nasi putih dan gaul rata dan masukkan garam secukup rasa.
Apabila nampak nasi sudah berasap, masukkan sayur2 tadi dan kacau rata sebentar sahaja supaya sayur jangan layu sangat.
hemph...
balik nie nak try..
ada satu lagi resepi encik tunang bagi..hemph...
No comments:
Post a Comment