Friday, July 15, 2011
first day
setelah 3 tahun 6 bulan dan 3 hari bekerja dengan company yang last.
peliknya,semalam aku mimpi bos aku dan tempat lama aku kerja.stress nya aku,jadi trauma skejap when jaga dari tido,aku memang stress kat tempat lama.stress yang buat aku blah.
ada masa kita memang takleh tahan,so aku let go..dulu ingatkan tempat lama aku,tempat sampai aku bersara.tak sangka aku resign jua..dengan final exam 27hb ni,memang kerja gila.
ok,kena fokus pada tempat kerja baru,semangat baru,kerja baru,tanggungjawab baru,harapnya aku dapat mulakan dengan baik di company baru ini.
amin...
Saturday, June 25, 2011
soto
waji cuba gak nie..;)
A. Sup
1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)
2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional
3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk
5. 2 inci halia muda, ditumbuk
6. 1 inci lengkuas, ditumbuk
7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang
8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)
10. 20 biji lada hitam, dititik
11. 2 biji buah keras, kalau suka
12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih
sekurang-kurangnya satu jam
13. 3 sudu makan minyak masak
14. Gula dan garam
Cara
1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya
B. Pegedil
1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
2. ½ cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
3. ½ cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk
8. 10 biji lada hitam, dititik
9. ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa
11. 2 biji telur, dipukul
12. 2 cawan minyak untuk menggoreng
Cara
1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.
C. Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula
Cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.
D. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)
Cara
1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan pegedil dan sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)
popia goreng
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan taugeh
1 cawan kentang yang telah dipotong memanjang
1 batang lobak merah, potong halus memanjang
1 biji cili merah, buang biji dan hiris halus
1/2 cawan isi udang, cincang halus
1 biji bawang besar, cincang halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar kicap cair
1 camca besar sos tiram
Secubit gula
Kulit popia secukupnya (kurang lebih 18 - 20 keping)
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram dan isi udang, kacau rata.
Masukkan kentang, lobak merah dan cili hiris, gaul rata dan tuang sedikit air jika perlu. Masukkan kicap cair dan taugeh, tambah secubit gula dan kacau hingga semua rata. Matikan api, angkat dan sejukkan.
Bentang sekeping kulit popia, letak 1 1/2 camca teh inti dan gulung kemas2, sapu sedikit bancuhan tepung gandum dihujung kulit popia sebagai gam. Buat hingga siap.
Goreng dalam minyak sederhana panas sehingga popia kuning keemasan. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos cili.
soup ekor
Bahan Bahan
1 kg ekor lembu - potong saiz sesuai. Rebus hingga empuk.
4 cawan air rebusan ekor lembu
Beberapa biji petit tomato ( @ 1 biji tomato biasa )
2 batang celery
1 bungkus rempah tulang
1 labu bawang besar - dimayang
2 inci halia - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
Garam dan perasa secukupnya
3 batang cili padi - tambah jika suka lebih pedas
Limau nipis
Bawang Goreng
1 batang Lobak merah
10 ulas bawang putih dihiris nipis atau ditumbuk halus, goreng dengan minyak hingga keperangan dan simpan bersama minyaknya. ***** Yang ini mesti letak, kalau tidak tak kick rasaanya.
Daub sup & bawang jika suka
Cara cara
1. Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bawang besar, putih dan halia hingga wangi. Masukkan perencah sup tulang.
2. Masukkan ekor lembu yang telah direbus bersama sama dengan air rebusannya sekali.
3. Kemudian masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar, bawang putih yang telah digoreng bersama sama sedikit minyaknya, celery, carot dan tomato.
4.Biarkan ia mendidih seketika, perasakan dengan garam, bahan perasa dan jus limau. Setelah cukup masin, pedas dan masam bolehlah diangkat.
5. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan bawang jika suka.
nie lak resepi lain..dia goreng ekor,,hemph...x pernah try
1 kg ekor- goreng kejap kasi brown, nak rebus trus pun ok
1 onion-sliced, goreng sampai perang
5 garlic-tumis
halia-tumis
1 celery
2 tomato
1 carrot
rencah sup siam
cili byk
2-3 lime
garnish:
bawang goreng
daun coriander
cara-cara:
tumis bawang,etc
masukkan air & rencah sup, rebus ekor samapi lembut (2 hrs)
masukkan sayur2
garam& perasa, cili, air limau nipis.
siap..taruk garnish.
laksa terengganu
rasanya setiap negeri ada laksa yg berbeza2..laksa penang,kelantan..
½ kg laksa tepung beras
2 biji timun (dihiris)
2 pokok daun salad (dihiris)
2 kuntum bunga kantan (dihiris)
¼ kg tauge
Seikat daun kesum
2 biji limau nipis 10 ekor ikan kembung atau tamban (dibakar kemudian dibuang tulangnya lalu dikisar)
2 labu bawang besar (ditumbuk halus)
1 camca besar lada sulah
2 biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (ambil lima cawan santan)
3 camca besar kerisik
4 camca besar gula pasir, garam secukup rasa
Cara:
Ikan yang telah dikisar, dicampurkan bersama santan.
Masukkan bawang, kerisik, gula, garam dan lada sulah.
Masak hingga menggelegak, kemudian angkat.
Hidangkan bersama sayur yang telah dihiris tadi.
resepi lain
Bahannya
4 ekor ikan kembung ]*bersih,panggang dan tumbuk
1 potong ikan tenggiri (takde pon takpe,just nak maniskan kuahnye) ]*
2 kgn asam kpg
1/2 labu bwg besar ]tumbuk bersama ikan
2 1/2 tin santan pekat
1 tin air
belacan/kiub bilis secukupnya
garam
1 s/b lada hitam ]tumbuk
Caranya
1.Masuk semua bahan dalam periuk, masak sehingga hampir mendidih dan hendaklah sentiasa kacau.
2.Sekiranya pekat tambah lagi sedikit air.Rasa garam dan lemaknya.
3.Siap, hidang bersama laksa dan ulaman.
Bahan ulaman
Timun ]cincang halus
Taugeh ]buang ekornya
Lada kisar
Garam
Belacan
oh!yg nie pelik sikit..tak pernah dengar ada tambahan ikan tenggiri
ini pun nak try..
nasi goreng udang kering
antara resepinya..
5 cawan nasi
2 biji telur
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
Sikit sayur kobis- boleh digunakan sayur jenis lain.
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu besar udang kering ( direndam dahulu )
1 inci belacan
* kalau nak pedas boleh ditambah cili api atau cili merah dan ditumbuk lumat juga
CARA MEMASAK :
1) Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum.
2) Masukkan telur dan kacau semua bahan menjadi rata. Seterusnya masukkan sos tiram , minyak bijan serta sayur kobis dan terus kacau sampai sayur menjadi agak layu. Tambah garam jika masih kurang masin.
3) Campurkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur.
Bahan:-
3 mangkuk nasi putih
5 ulas bawang merah - ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
10 tangkai cili kering - dipotong serong
3 sudu besar sambal belacan (bikin sendiri la eh)
2 biji telor - dibuat scramble
3 sudu besar udang kering (yg baru) - direndam dan tumbuk2 sikit
2 sudu besar kicap cair
beberapa urat kacang panjang - hiris 1 inci serong
5 batang kacang botor - hiris serong kecil
garam secukup rasa
5 sudu besar minyak masak
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kering hingga naik bau.
Masukkan pula sambal belacan dan udang kering tadi. Kacau.
Masukkan kicap masin dan telor hancur. Kacau rata sebentar.
Masukkan nasi putih dan gaul rata dan masukkan garam secukup rasa.
Apabila nampak nasi sudah berasap, masukkan sayur2 tadi dan kacau rata sebentar sahaja supaya sayur jangan layu sangat.
hemph...
balik nie nak try..
ada satu lagi resepi encik tunang bagi..hemph...
Tuesday, April 19, 2011
Sifat Ujub
Salah seorang ulama salaf pernah berkata:
“Seorang yang ujub akan tertimpa dua kehinaan, akan terbongkar kesalahan-kesalahannya dan akan jatuh martabatnya di mata manusia.”
Salah seorang ahli hikmah berkata:
“Ada seorang yang terkena penyakit ujub, akhirnya ia tergelincir dalam kesalahan karena saking ujubnya terhadap diri sendiri. Ada sebuah pelajaran yang dapat kita ambil dari orang itu,
Imam Syafi’i pernah berseru di hadapan khalayak ramai:
“Barangsiapa yang mengangkat-angkat diri sendiri secara berlebihan, niscaya Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menjatuhkan martabatnya.”
Defenisi Ujub
Orang yang terkena penyakit ujub akan memandang remeh dosa-dosa yang dilakukannya dan menganggapnya bagai angin lalu.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengabarkan kepada kita dalam sebuah hadits: “Orang yang jahat akan melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya, dengan santai dapat diusirnya hanya dengan mengibaskan tangan. Adapun seorang mukmin melihat dosa-dosanya bagaikan duduk di bawah kaki gunung yang siap menimpanya.” (HR. Al-Bukhari)
Bisyr Al-Hafi mendefenisikan ujub sebagai berikut:
“Yaitu menganggap hanya amalanmu saja yang banyak dan memandang remeh amalan orang lain.”
Sufyan Ats-Tsauri rahimahullah meringkas defenisi ujub sebagai berikut:
“Yaitu perasaan takjub terhadap diri sendiri hingga seolah-olah dirinyalah yang paling utama daripada yang lain. Padahal boleh jadi ia tidak dapat beramal sebagus amal saudaranya itu dan boleh jadi saudaranya itu lebih wara’ dari perkara haram dan lebih suci jiwanya ketimbang dirinya!”
Al-Fudhail bin Iyadh rahimahullah berkata:
“Iblis jika ia dapat melumpuhkan bani Adam dengan salah satu dari tiga perkara ini: ujub terhadap diri sendiri, menganggap amalnya sudah banyak dan lupa terhadap dosa-dosanya. Dia berkata: “Saya tidak akan mencari cara lain.”
Sebab-Sebab Ujub
1. Faktor Lingkungan dan Keturunan
Yaitu keluarga dan lingkungan tempat seseorang itu tumbuh. Seorang anak yg diasuh oleh kedua orang tuanya. Ia akan menyerap kebiasaan-kebiasaan keduanya atau salah satunya yang positif maupun negatif, seperti sikap senang dipuji, selalu menganggap diri suci.
2. Sanjungan dan Pujian yang Berlebihan
sebahagian orang yang terlalu berlebihan dalam memuji hingga seringkali membuat yang dipuji lupa diri.
3. Bergaul Dengan Orang yang Terkena Penyakit Ujub.
Tidak syak lagi bahwa setiap orang akan melatahi tingkah laku temannya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri bersabda:
“Perumpamaan teman yang shalih dan teman yang jahat adalah seperti orang yang berteman dengan penjual minyak wangi dan tukang besi.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Teman akan membawa pengaruh yang besar dalam kehidupan seseorang.
4. Kufur Nikmat dan Lupa Kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala
Begitu banyak nikmat yang diterima seorang hamba, tetapi ia lupa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala yang telah memberinya nikmat itu.
kisah Qarun;
“Qarun berkata: “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karena ilmu yang ada padaku”. (Al-Qashash: 78)
5. Jahil dan Mengabaikan Hakikat Diri (Lupa Daratan)
Sekiranya seorang insan benar-benar merenungi dirinya, asal-muasal penciptaannya sampai tumbuh menjadi manusia sempurna, niscaya ia tidak akan terkena penyakit ujub. Ia pasti meminta kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar dihindarkan dari penyakit ujub sejauh-jauhnya. Salah seorang penyair bertutur dalam sebuah syair yang ditujukan kepada orang-orang yang terbelenggu penyakit ujub:
“Hai orang yang pongah dalam keangkuhannya.
Lihatlah tempat buang airmu, sebab kotoran itu selalu hina. Sekiranya manusia merenungkan apa yang ada dalam perut mereka, niscaya tidak ada satupun orang yang akan menyombongkan dirinya, baik pemuda maupun orang tua.Apakah ada anggota tubuh yang lebih dimuliakan selain kepala?Namun demikian, lima macam kotoranlah yang keluar darinya!
Hidung beringus sementara telinga baunya tengik.
Tahi mata berselemak sementara dari mulut mengalir air liur. Hai bani Adam yang berasal dari tanah, dan bakal dilahap tanah, tahanlah dirimu (dari kesombongan), karena engkau bakal menjadi santapan kelak.
6. Berbangga-bangga Dengan Nasab dan Keturunan
Seorang insan terkadang memandang mulia diri-nya karena darah biru yang mengalir di tubuhnya. Ia menganggap dirinya lebih utama dari si Fulan dan Fulan. Ia tidak mau mendatangi si Fulan sekalipun berkepentingan. Dan tidak mau mendengarkan ucapan si Fulan.
Dalam sebuah kisah pada zaman kekhalifahan Umar radhiyallahu ‘anhu disebutkan bahwa ketika Jabalah bin Al-Aiham memeluk Islam, ia mengunjungi Baitullah Al-Haram. Sewaktu tengah melakukan thawaf, tanpa sengaja seorang Arab badui menginjak kainnya. Tatkala mengetahui seorang Arab badui telah menginjak kainnya, Jabalah langsung melayangkan tangannya memukul si Arab badui tadi hingga terluka hidungnya. Si Arab badui itu pun melapor kepada Umar radhiyallahu ‘anhu mengadukan tindakan Jabalah tadi. Umar radhiyallahu ‘anhu pun memanggil Jabalah lalu berkata kepadanya: “Engkau harus diqishash wahai Jabalah!” Jabalah membalas: “Apakah engkau menjatuhkan hukum qishash atasku? Aku ini seorang bangsawan sedangkan ia (Arab badui) orang pasaran!” Umar radhiyallahu ‘anhu menjawab: “Islam telah menyamaratakan antara kalian berdua di hadapan hukum!”
Tidakkah engkau ketahui bahwa:
Islam telah meninggikan derajat Salman seorang pemuda Parsi
Dan menghinakan kedudukan Abu Lahab karena syirik yang dilakukannya.
Ketika Jabalah tidak mendapatkan dalih untuk melepaskan diri dari hukuman, ia pun berkata: “Berikan aku waktu untuk berpikir!” Ternyata Jabalah melarikan diri pada malam hari. Diriwayatkan bahwa Jabalah ini akhirnya murtad dari agama Islam, lalu ia menyesali perbuatannya itu. Wal ‘iyadzubillah
7. Berlebih-lebihan Dalam Memuliakan dan Menghormati
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melarang sahabat-sahabat beliau untuk berdiri menyambut beliau.
Dalam sebuah hadits riwayat Abu Dawud, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Barangsiapa yang suka agar orang-orang berdiri menyambutnya, maka bersiaplah dia untuk menempati tempatnya di Neraka.” (HR. At-Tirmidzi, beliau katakan: hadits ini hasan)
Akibat ujub
1. Jatuh dalam jerat-jerat kesombongan
sebab ujub merupakan pintu menuju kesombongan.
2. Dijauhkan dari pertolongan Allah. Allah Subahanahu Wata’ala berfirman:
“Orang-orang yang berjihad (untuk mencari keri-dhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.” (Al-Ankabut: 69)
3. Keseorangan dalam menghadapi berbagai krisis dan cobaan kehidupan.
Bila cobaan dan musibah datang menerpa, orang-orang yang terjangkiti penyakit ujub akan berteriak: ‘Oii teman-teman, carilah keselamatan masing-masing!’
manakala orang-orang yang teguh di atas perintah Allah Subhanahu wa Ta’aala , sebagaimana yang dituturkan Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu.
Siapakah yang mampu lari dari hari kematian?
Bukankah hari kematian hari yang telah ditetapkan?
Bila sesuatu yang belum ditetapkan, tentu aku dapat lari darinya.
Namun siapakah yang dapat menghindar dari takdir?
4. Dibenci dan dijauhi orang-orang.
Tentu saja, seseorang akan diperlakukan sebagaimana ia memperla-kukan orang lain. Jika ia memperlakukan orang lain dengan baik, niscaya orang lain akan membalas lebih baik kepadanya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Apabila kamu dihormati dengan suatu penghor-matan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa).” (An-Nisa’: 86)
Namun seseorang kerap kali meremehkan orang lain, ia menganggap orang lain tidak ada apa-apanya dibandingkan dirinya. Tentu saja tidak ada orang yang senang kepadanya. Sebagaimana kata pepatah ‘Jika engkau menyepelekan orang lain, ingatlah! Orang lain juga akan menyepelekanmu’
5. Azab dan pembalasan cepat ataupun lambat. Se-orang yang terkena penyakit ujub pasti akan merasakan pembalasan atas sikapnya itu.
“Ketika seorang lelaki berjalan dengan mengenakan pakaian yang necis, rambut tersisir rapi sehingga ia takjub pada dirinya sendiri, seketika Allah membenamkannya hingga ia terpuruk ke dasar bumi sampai hari Kiamat.” (HR. Al-Bukhari)
Cara-cara agar terhindar dari ujub ini, antara lain..
selalu ingat akan hakikat jiwa manusia
selalu ingat akan hakikat dunia dan akhirat
selalu ingat akan nikmat-nikmat Allah
mengingat akan mati
taddabur ayat-ayat Al-Qurán
selalu ingat dengan orang-orang yang sakit ataupun lebih rendah
atau dibawah kita
berdoá kepada Allah agar kita terhindar dari sifat ini..
semoga kita dijauhkan dari sifat ini,,menjadi lebih baik adalah tanggungjawab kita,tak perlulah membandingkan dengan sesiapapun kerana diakhirnya..amalan kita antara kita dengan pencipta kita...
mulanya semua sama,akhir TIADA SIAPA yg tahu..
Saturday, April 9, 2011
perkara itu
Aku?apa yg dapat aku simpulkan..menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.apa perlu berbuat begitu.halanya ke dia...tujunya ke dia...habis semua kena..jijik dan memualkan..
Wednesday, April 6, 2011
ditipu hidup hidup
Wednesday, March 30, 2011
tenggelam dalam putaran
Demi Masa
[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Selalu kita membaca surah Al-‘Asr. Paling kurang, apabila di hujung majlis, kita ada membaca surah tersebut walaupun ada yang tidak faham mengapa mereka membacanya. Dalam kesempatan kali ini, mari kita memerhati apakah maksud al-’asr yang dinyatakan dalam surah tersebut. Asas makna al-’asr ini ialah “memerah sesuatu sehingga menitis.” Inilah yang dinyatakan oleh Ibn Faris dalam Mu’jam Maqayis al-Lughah.
Atas dasar itulah, Allah menggunakan perkataan mu’siraat sepertimana tertulis dalam surah an-Naba’ ayat 14 yang bermaksud:
[Dan Kami menurunkan dari awan (mu'siraat) , air hujan yang mencurah-curah.]
Awan ialah mu’siraat yang dikaitkan dengan perkataan al-’asr di mana awan akan ‘diperah‘ bagi menghasilkan hujan yang turun dan dapat kita nikmati dalam kehidupan seharian. Atas roh inilah juga kita memahami al-asr atau masa umur yang Allah kurniakan pada kita. Apa yang perlu kita buat? Kita perlu ‘memerah‘nya sekuat tenaga agar terhasil iman dan amal. Orang yang tidak memerah umurnya akan sentiasa berada dalam kerugian.
Selain itu, Allah menyatakan setelah beriman dan beramal soleh, ia tidak berhenti di situ sahaja. Perlu ada nasihat atas dasar kebenaran dan kesabaran kerana dengan kaedah ini sahajalah, kita akan mampu untuk terus beriman dan beramal. Jika tidak, ia akan mendatangkan kelesuan dan keletihan seterusnya kita gugur dalam lapangan iman amal. Marilah kita sama-sama memerhati makna al-asr yang sebenar-benarnya. Memang ‘amal perlu diusahakan. Ia tidak sepertimana cita-cita kosong (amal – dieja dengan alif mim laam). ‘Amal (dieja ‘ain mim laam) perlu diberi satu tujahan untuk menjadi realiti. Jangan lagi kita menanti dan menunggu, tetapi tujahkan diri kita agar mampu ber’amal dengan sebenarnya.