Wednesday, March 25, 2009

aku dan makanan

Hemph..

kengkadang rasa fragile sangat diri..mudah rapuh dengan peristiwa,mudah tersentuh,lama-lama ada rasa sejuk jer,rasa menjeruk jer hati..macam TIMUN..

Timun atau Mentimun (Cucumis sativus) merupakan sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan sejak 3000 tahun dulu. Timun boleh dimakan secara mentah atau segar dan juga dalam masakan.

Timun yang juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya Cucumis sativus, mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.

Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menghidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang.

Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.

Timun banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia terletak dalam famili yang sama dengan tembikai dan labu.

Timun merupakan sejenis pokok memanjat dan sesuai untuk ditanam pada pagar. Ia boleh membiak daripada biji benih

Rupanya tak jauh beza dgn timun..kengkadang menjeruk sangat rasa..bab terasa,tersentap nak kena tahan dgn perangai org,keadaan sekeliling tok sah cakap ar.nama pun kehidupan..asal dia nak mai je, dia mai..kena bertahan jer la...kena samaada buat sesuatu atau bertahan..tapi selama mana bley bertahan..kengkadang menangis jugak..semua yg terjadi asam garam kehidupan..teringat timun jadi jeruk timun..ada yg kata lagi lama perndam eh!peram lagi best..mungkin betul apa yg jadi (pengalaman) akan jadikan kita jeruk yg tahan lama eh! jadi org yang makin kuat ketahanan mentalnya..makin simpan..makin sedap kerana selepas yg disimpan lama..pasti ada yg manis..itu janji tuhan..teringat kata seorang teman "Tuhan takkan kejam"..hemph..lepas jadi jeruk jadi apa ya?

Resepi membuat Jeruk Timun.
Bersihkan timun, lobak merah dan putih, kemudian potong sepanjang 4 cm dan dibelah empat. Campurkan gula, garam, cuka dan air, kacau hingga larut. Kemudian masukkan larutan tadi ke dalam balang kaca dan campurkan timun, lobak merah dan putih, serta cili merah. Biarkan hingga semua campuran sebati. (Jeruk ini tahan disimpan lama dan kesedapannya terpelihara.)

Membebel pasal timun..teringat lak kat durian .teringat lagi peribahasa "Ibarat timun dengan durian, menggolek kena digolek pun kena.".Teringat pula pada diri sendiri..rakyat..teringat lagi pada pemimpin..pemerintah..adus!apapun tetap terasa diri timun..pemerintah durian..harapnya pemerintah yg baru nie sedap..dengarnya patin masak tempoyak pun sedap..dengarnya ikan patin nie menambahkan ketajaman berfikir(fikir yg menguntungkan timun..ups!rakyat)

Durian merupakan tumbuhan dari genus Durio yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Ia banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.

Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Buah ini boleh membesar sehingga 30 cm (12 in) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya mempunyai berat antara satu hingga tiga kg (2 hingga 7 lb). Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih.

Ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap, ia dipanggil "raja buah" oleh penduduk tempatan. Sebahagian orang barat yang tidak tahan dengan baunya telah menggambarkan buah durian dengan gambaran seperti "makan kastard dalam tandas awam". Terdapat juga gambaran bau durian sebagai bau lori sampah yang baru sahaja melanggar skunk.

Durian dianggap sebagai makanan panas dan sesiapa yang terlebih makan durian akan mendapati dirinya berpeluh dengan banyaknya sejurus selepas makan durian. Penawar tradisi ialah untuk minum air kosong dari pangsa kulit buah. Selain itu, musim durian lazimnya berlaku bersama dengan manggis yang dianggap sebagai mempunyai kesan penyejuk kepada badan. Oleh itu, kedua-dua buah-buahan ini lazimnya dimakan bersama.

Orang yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, secara tradisinya dinasihati mengelakkan durian kerana ia dipercayai mempunyai kandungan yang berkhasiat yang boleh memberi tekanan pada badan.

terasa sangat bila isi borang Cukai..bukan tak sedar diuntung dinegara mewah dengan kedamaian & keamanan yg terkawal tapi..bagi timun yg gaji sikit..ups lagi!!rakyat jelata yg gaji ciput..amatlah sedih..amatlah beerti duit hasil titik peluh..kenapa nak "dititik/dicukai lagi" kami yg sedikit pendapatan bulanan?banyak tue yg dicukai..huuhuhu..rasa pahit betul peristiwa dicukai..rasa pahit macam budu.

tapi tetap suka tempoyak ngan budu..bila tambah cili hijau/cili merah rasa kick..selera benar makan dgn nasi..

P/S:masih tak dapat terima jiozi/dumpling(sejenis masakan kukus) diIKAT eh!dimakan diletak bersama dgn budu ...tak best tak rasa budu..rasa budu ilang..rasa jiozi/dumpling lagi kuat.sapalah punya idea dumpling perasa budu?tak best..cukup2 lah dumpling dimakan dgn maggi mee...tak peduli bila yg segera dan cuba adil..selagi tak terbukti KHASIAT dumpling and maggi mee.