Saturday, June 25, 2011

laksa terengganu

tiba2 teringat kat laksa terengganu..
rasanya setiap negeri ada laksa yg berbeza2..laksa penang,kelantan..

½ kg laksa tepung beras
2 biji timun (dihiris)
2 pokok daun salad (dihiris)
2 kuntum bunga kantan (dihiris)
¼ kg tauge
Seikat daun kesum
2 biji limau nipis 10 ekor ikan kembung atau tamban (dibakar kemudian dibuang tulangnya lalu dikisar)
2 labu bawang besar (ditumbuk halus)
1 camca besar lada sulah
2 biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (ambil lima cawan santan)
3 camca besar kerisik
4 camca besar gula pasir, garam secukup rasa

Cara:

Ikan yang telah dikisar, dicampurkan bersama santan.
Masukkan bawang, kerisik, gula, garam dan lada sulah.
Masak hingga menggelegak, kemudian angkat.
Hidangkan bersama sayur yang telah dihiris tadi.


resepi lain

Bahannya
4 ekor ikan kembung ]*bersih,panggang dan tumbuk
1 potong ikan tenggiri (takde pon takpe,just nak maniskan kuahnye) ]*
2 kgn asam kpg
1/2 labu bwg besar ]tumbuk bersama ikan
2 1/2 tin santan pekat
1 tin air
belacan/kiub bilis secukupnya
garam
1 s/b lada hitam ]tumbuk

Caranya
1.Masuk semua bahan dalam periuk, masak sehingga hampir mendidih dan hendaklah sentiasa kacau.
2.Sekiranya pekat tambah lagi sedikit air.Rasa garam dan lemaknya.
3.Siap, hidang bersama laksa dan ulaman.

Bahan ulaman
Timun ]cincang halus
Taugeh ]buang ekornya

Lada kisar
Garam
Belacan

oh!yg nie pelik sikit..tak pernah dengar ada tambahan ikan tenggiri
ini pun nak try..

No comments: